30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 26, 2022

Zii Jia tersingkir awal, Terbuka Indonesia 2021

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMAIN perseorangan utama negara Lee Zii Jia sekali lagi mengalami kekecewaan apabila tersingkir awal pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2021 di Bali malam tadi.

Memetik laporan Bernama, pemain berusia 23 tahun itu tewas kepada pemain Denmark, Rasmus Gemke walaupun pada awalnya menguasai set pertama dengan 21-11, sebelum Gemke bangkit memenangi set kedua dengan 25-23 sebelum menang perlawanan penentuan 21-16.

Ini adalah kekalahan kedua Zii Jia kepada Rasmus selepas tersingkir pada pusingan pertama Masters Indonesia pada 16 November lepas, setelah terpaksa menamatkan saingan pada kedudukan 9-11 akibat kecederaan belakang dialaminya.

Mengulas mengenai perlawanan hari ini, Hendrawan mengakui Rasmus bermain dengan lebih baik daripada Zii Jia dalam dua set berikutnya.

Bagaimanapun, jurulatih dari Indonesia itu berkata beliau berasa lega kerana Zii Jia tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan yang baik selepas perlawanan hari ini.

Baca juga:   Kes baharu kembali turun, 16,073 kes hari ini

Sementara itu pemenang pingat gangsa acara beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo Aaron Chia-Soh Wooi Yik layak ke pusingan kedua selepas mengetepikan cabaran Mark Lamsfuss-Marvin Seidel dari Jerman 25-23, 21-12.

Pasangan nombor enam dunia itu akan bertemu pasangan senegara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi selepas pasangan itu mengalahkan satu lagi pasangan negara Tan Kiang Meng-Tan Wee Kiong 21-11, 21-11.

Pasangan muda negara Goh Sze Fei-Nur Izuddin Mohd Rumsani juga layak ke pusingan kedua selepas mengalahkan pasangan dari Perancis Christo Popov-Toma Junior Popov, 22-20, 21-10.

Baca juga:   Muhyiddin harap jemaah menteri teruskan pemulihan negara

Bagaimanapun pasangan muda negara itu akan menghadapi cabaran sukar apabila dijadualkan berhadapan dengan pasangan juara Olimpik Lee Yang-Wang Chi Lin, selepas pasangan dari Taiwan itu mengalahkan pasangan profesional negara Goh V Shem-Low Juan Shen 21-14, 21-16. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Mohon semua pihak tidak keluarkan kenyataan ganggu gugat

MENTERI Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi amaran kepada semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh...

Lagi Artikel Berkaitan