26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Lelaki maut, tercampak dari kereta selepas terbabas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut, manakala seorang wanita cedera apabila kereta jenis Proton Perdana dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Kuala Perlis-Changlun berhampiran kilang papan dekat Arau, Perlis.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.15 malam itu telah mengakibatkan pemandu kereta, Amirul Syawal Arshad, 29, maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaan.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, sebelum kejadian, mangsa yang menaiki kereta bersama penumpang, Marlisukarni Ahli, 42, datang dari arah Kuala Perlis menuju ke Bukit Kayu Hitam.

Advertisements

“Mangsa yang tercampak ditemui dalam parit oleh pihak bomba, manakala penumpang yang cedera telah keluar dari kereta melalui tingkap.

“Penumpang itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan