Thursday, July 23, 2026

Para pemain negara mara ke suku akhir Terbuka Indonesia

Kecemerlangan para pemain negara diteruskan oleh pasangan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah yang menundukkan pasangan tuan rumah

Mesti Baca

PARA pemain negara melakar kemaraan ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Indonesia setelah mencatatkan kecemerlangan di peringkat 16 di Istora Senayan, Jakarta hari ini.

Beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai mudah meratah pasangan tuan rumah, Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah 21-12, 21-17 untuk meneruskan kemaraan dalam Siri Super 1000 ini.

Ini diikuti oleh satu lagi pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menyingkirkan pasangan Denmark, Mads Vestergaard-Christine Busch 21-9, 21-12.

Kecemerlangan para pemain negara diteruskan oleh pasangan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah yang menundukkan pasangan tuan rumah, Lanny Tria Mayasari-Siti Fadia Silva Ramadhanti 18-21, 21-16, 21-17.

Dalam acara beregu campuran pula, juara Masters Malaysia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dicabar hebat rakan senegara Junaidi Arif-Yap Roy King sebelum menang 14-21, 21-11, 21-15.

Beregu No 1 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pula menundukkan satu lagi beregu negara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong 21-14, 16-21, 21-14.

Kemaraan para pemain negara bagai menebus kekecewaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang terkandas di pusingan awal semalam, setelah sebelum ini mencipta kejayaan cemerlang dengan mara ke peringkat akhir dalam empat kejohanan berturut-turut.

Juara Kejohanan Asia 2025, Masters Thailand 2025 dan Terbuka Singapura 2025 serta naib juara Masters Malaysia 2025 tu disekat oleh beregu kedua Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dalam permainan straight-set, sekali gus menghampakan harapan untuk memburu kejuaraan keempat mereka tahun ini.

Dua kPasangan beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting pula akan mencabar beregu No. 5 dunia, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun.

Sementara wakil tunggal acara perseorangan, Leong Jun Hao pula berdepan jaguh China, Li Shi Feng. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan