Tuesday, July 21, 2026

Lima beregu kita ke suku akhir badminton Terbuka Singapura

Turut mara Leong Jun Hao yang mengejutkan pilihan kelima, Jonatan Christie dari Indonesia dengan straight-set 21-16, 21-19.

Mesti Baca

BEREGU lelaki No. 1 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengetuai lima begeru negara mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Singapura yang berlangsung di Singapore Indoor Stadium.

Sze Fei-Nur Izzuddin yang juga pasangan profesional negara itu menewaskan rakan senegara, Junaidi Arif-Yap Roy King 21-13, 21-11 di peringkat pusingan 16 hari ini.

Turut melangkah ke suku, akhir juara dan naib juara Masters Malaysia minggu lalu, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Wei Chong-Kai Wun mengetepikan cabaran pasangan China, Huang Di-Liu Yang dengan kemenangan straight-set 21-16, 21-16 dalam masa 34 minit.

Manakala Aaron-Wooi Yik diberi tentangan hebat oleh Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun sebelum menang 21-18, 24-26, 21-12 dalam masa 1 jam 3 minit.

Dalam pada itu, pasangan wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah turut melangkah ke suku akhir setelah menundukkan pasangan Jepun Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 25-23, 21-18z

Sementara pasangan suami-isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai mara dalam kategori beregu campuran selepas mengalahkan pasangan China, Feng Yang Zhe-Wei Ya Xin.

Pilihan utama kejohanan yang kini berada di ranking No. 5 dunia menang dengan straight-set 21-11, 21-19.

Leong Jun Hao pula menjadi wakil tunggal perseorangan negara yang mara selepas mengejutkan perseorangan utama Indonesia yang juga pilihan kelima kejohanan, Jonatan Christie 21-16, 21-19. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan