29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

KBS hormati keputusan Zii Jia walaupun kecewa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) kecewa dengan pengunduran Lee Zii Jia daripada beraksi di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau akur dan menghormati keputusan pemain badminton perseorangan profesional negara itu.

“Keputusan berat ini terpaksa diambil Zii Jia berikutan perlu mengharungi jadual padat bagi Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun.

“Seperti orang ramai, saya juga berasa kecewa dengan pengunduran Lee Zii Jia daripada mengambil bahagian mewakili Malaysia di Sukan Komanwel.

“Saya dah dapat bercakap dengan Zii Jia sendiri dan beliau memohon maaf dan sebenarnya beliau bersungguh-sungguh hendak mewakili Malaysia di Sukan Komanwel tetapi keadaan jadual dan acara beliau yang begitu padat menyebabkan terpaksa mengambil keputusan berat ini,” katanya.

LEE ZII JIA

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Temasya Sukan SMK RPS di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan, di Ipoh, hari ini, lapor BH Online.

Ahmad Faizal berkata, Zii Jia turut meluahkan rasa kesal kerana ini adalah peluang untuk beraksi di Sukan Komanwel dan juga peluang membawa pulang pingat emas untuk negara.

“Jadi, beliau sebenarnya berasa begitu kesal tidak dapat mewakili Malaysia,”katanya.

Namun beliau berpendapat semua atlet seharusnya meletakkan kepentingan negara mengatasi segala-galanya.

“Saya menghormati keputusan yang dibuat oleh Lee Zii Jia, kita berharap yang terbaik untuk beliau,”katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya tetap meletakkan keyakinan tinggi kepada pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong.

“Saya juga meletakkan keyakinan yang tinggi kepada perseorangan ketiga kita yang masih mampu memberi saingan yang hebat.

“Ini peluang kepada beliau untuk keluar daripada ‘comfort zone’ dan Sukan Komanwel ini akan menyerlahkan bakat yang ada pada perseorangan ketiga kita,” katanya.

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan