33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

Zii Jia jadi perhatian lelaki-lelaki Indonesia? Biar betul?

Mesti Baca

PEMAIN perseorangan negara, Lee Zii Jia kini menjadi perhatian para peminat badminton di Indonesia terutama selepas penampilan beliau dalam Terbuka Indonesia tempoh hari.

Meninjau komen-komen menerusi media sosial, ada beberapa hantaran para peminat dari negara seberang itu yang memuji penampilannya di luar gelanggang terutama gaya rambut, kaca mata malah baju “Rimau” yang dipakai.

Zii Jia yang prestasinya semakin meningkat malah menjadi harapan negara untuk menggantikan bekas pemain tersohor dunia, Datuk Lee Chong Wei turut dibandingkan dengan beberapa artis ternama K-Pop.

Pemain No. 5 dunia itu dikatakan begitu kacak apatah lagi berkaca mata di luar gelanggang di samping gaya rambutnya ala artis-artis Korea.

“Jujur Lee Zii Jia dengan berbaju-T harimau tidak ada ubat.

“Apa lagi dengan gaya rambutnya begitu.

“Ya, betul yang sekarang ini makin kelihatan dewasa dan kacak. Jia kalau jadi model rambut, gaya apapun sesuai.”

Baca juga:   Lelaki mengaku sebar berita palsu untuk main-main, hiburan

Begitulah antara komen-komen nakal yang diterima pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu namun yang pelik rata-rata yang memberikan komen tersebut terdiri daripada kaum lelaki.

Bagaimanapun, dalam kejohanan Terbuka Indonesia itu, Zii Jia tersekat di peringkat separuh akhir apabila tewas kepada pemain No. 1 dunia, Victor Axelsen dari Denmark.

Dalam aksi di Stadium Istora Senayan Jakarta itu, Zii Jia memberikan tentangan sengit sebelum tewas kepada juara Olimpik tersebut dalam aksi tiga set 21-19, 11-21, 21-23. – Edisi 9

Baca juga:   Najib kecewa TH Plantations teruskan rancangan jual ladang

Terkini

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

RAKYAT Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera...

Lagi Artikel Berkaitan