24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pegawai farmasi hospital maut nahas tiga kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pegawai farmasi Hospital Setiu maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan dua kenderaan di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Sungai Tarom, Setiu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, kemalangan melibatkan mangsa, Nurul Atiqah Awang Lah yang berusia 36 tahun berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu berlaku pukul 7.15 malam.

“Kemalangan membabitkan Perodua Myvi, Perodua Alza dan sebuah lori jenis Hino.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang memandu Perodua Myvi dari arah bandar Permaisuri menghala ke Sungai Tarom hilang kawalan dan melanggar Perodua Alza di simpang tiga Sungai Tarom.

Advertisements

“Pemandu lori yang datang dari Sungai Tong menghala ke Rantau Panjang, Kelantan pula terkejut dan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan laluan bertentangan lalu melanggar papan tanda jalan,” katanya lapor Harian Metro, hari ini

Katanya, mangsa bersama-sama dua anaknya, Tengku Daim Hadi Tengku Amirul Kamal, 6, dan Tengku Zaim Zuhdi Tengku Amirul Kamal, 9, mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Setiu untuk dapatkan rawatan awal.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Setiu pada pukul 9 malam.

“Pemandu dinasihatkan lebih berhati-hati dan patuh peraturan had laju ditetapkan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan