27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pas Perak sedia tawar Tajuddin tanding di Pasir Salak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PAS Perak sedia menawarkan kerusi kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, tawaran itu dibuat setelah Tajuddin digugurkan daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Katanya, tawaran itu tidak bermaksud Pas mahu mencampuri urusan atau kemelut dalaman mana-mana parti lain.

“Apabila digugurkan daripada MKT UMNO, tentunya Tajuddin tidak diberi peluang dalam Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada PRU-15. Jadi Pas Perak sedia menawarkan kerusi Pasir Salak kepada beliau atas tiket Perikatan Nasional (PN) bagi mewakili Pas.

“Sekiranya pembahagian kerusi Parlimen Pasir Salak dalam PN diberikan kepada Pas dan Tajuddin bersedia untuk bertanding atas tiket PN, kita akan beri kepadanya,” katanya hari ini, lapor Utusan.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menamatkan pelantikan Tajuddin sebagai ahli MKT UMNO.

Bagaimanapun, dalam surat tersebut Ahmad dikatakan tidak menyatakan sebab Tajuddin dipecat.

Ahmad Zahid berkata, Tajuddin digugurkan disebabkan sikapnya yang lantang mengkritik parti.

Kata Ahmad Zahid, kritikan itu dibuat menerusi kenyataan, ucapan dan ceramah dalam mesyuarat-mesyuarat tertutup yang dihadirinya.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan