36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Saya akan terus berjuang untuk kehidupan rakyat – Isham

Mesti Baca

BEKAS Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Hizatul Isham Abdul Jalil yang sah dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi, menyatakan komitmennya untuk terus berjuang demi kehidupan rakyat dan negara yang lebih baik.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta barisan kepimpinan parti yang memberi kepercayaan dan peluang kepada beliau untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh kepimpinan tertinggi parti dan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana telah menyokong perlantikan saya ini.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua akar umbi UMNO yang telah bersama-sama saya dalam perjuangan kita selama ini.

“Tidak lupa juga kepada Datuk Seri Najib (Razak) yang telah memberikan bimbingan, sokongan dan dorongan kepada saya selama ini.

“Semoga Allah merahmati dan memberkati perjuangan kita semua sehingga kita memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat, insya-Allah,” katanya menerusi Facebook beliau malam tadi.

Isham yang juga aktiviti politik mengangkat sumpah sebagai Ahli MKT UMNO dalam Mesyuarat MKT malam tadi bagi melengkapkan kuota lantikan Presiden setelah Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan.

Isham, 46, merupakan graduan Havard University dan mempunyai pengalaman luas dalam sektor awam, swasta dan kemasyarakatan sejak memulakan kerjaya pada 1999.

Sebelum ini, nama Isham disebut-sebut akan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia, mengambil alih tugas Shahril Hamdan yang kini sibuk sebagai Penasihat Ekonomi Kepada Perdana Menteri selain tugas Naib Ketua Pemuda UMNO.

Isham yang juga bekas pegawai khas Najib merupakan antara individu yang lantang mempertahankan kepimpinan Zahid sebagai Presiden UMNO.

Pelantikan Isham yang ditamatkan tugas sebagai Ketua Penerangan BN Selangor kerana jawatan itu “tidak wujud” dalam perlembagaan parti dijangka akan memperkukuhkan lagi suara “orang Zahid” dalam UMNO. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan