22.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 19, 2025

Isham bakal ganti Tajuddin dalam MKT UMNO?

Mesti Baca

BEKAS Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil disebut-sebut bakal dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi menggantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang digugurkan.

Desas-desus itu semakin kuat apabila Isham telah diminta untuk menghadiri mesyuarat MKT UMNO yang akan diadakan malam ini di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Isham yang ditamatkan tugas sebagai Ketua Penerangan BN Selangor kerana jawatan itu “tidak wujud” dalam perlembagaan parti berkata, beliau akan menghadiri mesyuarat tersebut.

“Saya telah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa saya telah dijemput untuk menghadiri sesi mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC pada malam ini.

“Terima kasih kerana sudi jemput saya untuk menghadiri sesi mesyuarat bagi badan tertinggi parti pada malam ini. Saya akan hadir.

Advertisements

“Sebagai ahli UMNO dari akar umbi, saya akan bantu parti dengan apa yang termampu untuk kepentingan rakyat dan negara. Terima kasih. Salam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Tajuddin yang dilantik sebagai Duta Malaysia ke Indonesia, sebelum ini menduduki kerusi MT UMNO atas kuota pelantikan Presiden, digugurkan sebagai Ahli MT menerusi satu surat yang dikeluarkan oleh Ahmad Maslan pada 21 Jun lalu.

Sebelum ini, nama Isham disebut-sebut akan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia, mengambil alih tugas daripada Shahril Hamdan yang kini sibuk sebagai Penasihat Ekonomi Kepada Perdana Menteri selain tugas Naib Ketua Pemuda UMNO.

Isham yang juga bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara individu yang lantang mempertahankan kepimpinan Zahid sebagai Presiden UMNO dan selain Najib sendiri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Terbuka India: Izzuddin-Sze Fei wakil tunggal Malaysia ke ‘final’

AKHIRNYA kem badminton negara boleh melakar senyuman di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi apabila Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze...

Lagi Artikel Berkaitan