32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jawatan Isham sebagai Ketua Penerangan BN Selangor ditamatkan

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Isham menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor menamatkan khidmat Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan BN Selangor berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Isham menerusi sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha BN negeri, Datuk Mohamad Satim Diman menerusi Facebook hari ini.

Surat bertarikh 3 Jun 2022 itu memaklumkan penamatan tersebut dibuat berdasarkan perbincangan bersama Pengerusi BN dan Berdasarkan Fasal 23 perlembagaannya.

Satim, dalam surat tersebut menyatakan jawatan Ketua Penerangan peringkat negeri tidak termaktub dan tertera dalam perlembagaan parti itu.

Bagaimanapun, Isham menegaskan dia akan terus membantu BN dan UMNO walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan dan berjuang sebagai ahli biasa seperti sebelum dilantik.

“Perjuangan kita belum selesai, oleh itu saya mohon agar tuan-tuan dan puan-puan meneruskan perjuangan dan usaha ini walaupun saya tidak lagi berada di kepimpinan BN negeri. Saya akan bantu sebaik mungkin dengan apa yang termampu walaupun tanpa apa-apa jawatan, dan berjuang sebagai ahli biasa seperti sebelum ini.

Advertisements

“Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kita. Sekiranya kita ikhlas, istiqamah dan sabar, Allah akan bantu dan berikan kita kejayaan demi masa depan negara dan anak cucu kita semua, insya-Allah,” katanya.

Isham yang juga bekas pegawai khas kepada Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak itu memaklumkan beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang bekerjasama dan memberi sokongan di sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak bekerjasama dan berjuang bersama saya sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Penerangan BN Selangor,” jelasnya.

Isham selepas Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri, dilantik sebagai Ketua Penerangan BN Selangor menerusi satu surat daripada jawatankuasa negeri itu pada Mei 2020.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan