30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 18, 2022

Perkasa Bahasa Jepun di sekolah terpilih KPM – Radzi Jidin

UntuK rekod, program bahasa antarabangsa atau bahasa ketiga diterajui oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK).

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BAHASA Jepun bakal diperkasakan di sekolah terpilih di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkongsikan maklumat berkenaan dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut beliau, langkah berkenaan merupakan antara intipati yang diperbincangkan semasa menerima kunjungan Duta Besar Jepun ke Malaysia, TYT Takahashi Katsuhiko, pagi semalam.

“Pelbagai perkara berkaitan kerjasama dua hala dalam pendidikan dibincangkan. Ini termasuk usaha Kerajaan dalam memperkasa Bahasa Jepun di sekolah terpilih bawah KPM dan meneruskan program kerjasama sedia ada.

“Terima kasih atas kunjungan TYT Takahashi Katsuhiko. Semoga kerjasama antara Malaysia dan Jepun dalam sektor pendidikan akan terus diperkukuh dan lebih banyak potensi baharu diteroka,” katanya.

UntuK rekod, program bahasa antarabangsa atau bahasa ketiga diterajui oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK).

Baca juga:   5,477 jawatan kosong guru akan diisi dengan segera

Mulai tahun 2017, Bahagian Pendidikan Islam (BPI) juga menawarkan bahasa antarabangsa di SMKA terpilih di Malaysia.

Antara bahasa antarabangsa yang ditawarkan oleh KPM ialah Bahasa Perancis, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, Bahasa Korea, Bahasa Mandarin Komunikasi dan Bahasa Arab Komunikasi.

Difahamkan, guru Bahasa Perancis dilatih oleh KPM menerusi Biasiswa Perguruan Persekutuan KPM Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara Bahasa Perancis untuk lepasan SPM.

Guru Bahasa Jerman juga dilatih KPM menerusi Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Kembar Bahasa Jerman (PKBJ) untuk ISM Bahasa dan Lingustik Jerman dengan Pendidikan untuk lepasan SPM.

Baca juga:   BN bertanding semua kerusi, pertaruh 86% muka baharu

Guru Bahasa Mandarin turut dilatih menerusi Biasiswa Perguruan Persekutuan KPM Program Penghantaran Pelajar ke China untuk Pembelajaran Bahasa Mandarin dalam Kalangan Penutur Jati ke Arah 1 Malaysia.

Bagi Guru Bahasa Jepun dan Korea, bekalan guru kini diperoleh menerusi program PDPP Bahasa Korea dan Jepun yang dijalankan di IPGM.

1990 hingga 1998, JPA telah menghantar beberapa orang guru yang belum memiliki ijazah dalam Program Guru Bahasa Jepun di bawah Dasar Pandang ke Timurketika itu. 5 tahun setengah pengajian Sarjana Muda Sastera Bahasa Jepun dan kembali mengajar di sekolah KPM.

Guru Bahasa Arab Komunikasi diperoleh daripada graduan ISMP Bahasa Arab keluaran UA manakala PPC Bahasa Arab Jordan KPM akan ditugaskan mengajar Bahasa Arab SPM dan SMA di SMKA, SMA.

Baca juga:   Seronok lihat poster palsu fitnahnya, Annuar Musa tidak simpan dendam

-EDISI9

Terkini

Tiga lelaki dipenjara lapan bulan cederakan guru tahfiz

MAHKAMAH Majistret hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan kepada tiga lelaki selepas mereka mengaku bersalah mencederakan seorang tenaga...

Lagi Artikel Berkaitan