33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Penjaga stor tak mengaku amang seksual

Mahkamah turut memerintahkan larangan terhadap tertuduh daripada mengganggu dan menghampiri mangsa serta keluarganya sehingga kes selesai selain menetapkan tarikh 12 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG penjaga stor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan Mahkamah Majistret hari ini terhadap empat pertuduhan amang seksual fizikal dan cabul terhadap dua beradik perempuan pada bulan

Tertuduh, Ibnu Azim Azmi, 31, didakwa di atas tiga pertuduhan melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, pukul 10 malam, 23 Mei lalu yang dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman,

Di Mahkamah Majistret pula, tertuduh membuat pengakuan sama di hadapan Majistret Nurmadiana Mamat atas kesalahan cabul terhadap rakan sekerjanya berusia 20 tahun yang juga kakak mangsa pertama di sebuah kedai serbaneka juga di Bandar Seri Alam, pada pukul 10.15 malam, 25 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang berhadapan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Chan Choon Yew di Mahkamah Sesyen dan Nor Maisarah Hassan pula dalam prosiding di Mahkamah Majistret, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohammad Muzammil Mohammad Hairiri.

Jaminan RM25,000 ditetapkan bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin warganegara serta perlu melapor diri ke balai polis terdekat setiap bulan, pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan larangan terhadap tertuduh daripada mengganggu dan menghampiri mangsa serta keluarganya sehingga kes selesai selain menetapkan tarikh 12 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, dalam kes berasingan di hadapan Hakim Siti Noraida, seorang penganggur turut mengaku tidak bersalah bagi tiga pertuduhan amang seksual terhadap sepupunya sendiri antara 2015 hingga tahun lalu.

Tertuduh berusia 22 tahun didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang pada ketika itu berusia 12 tahun dengan menyentuh badan dengan cara menggeselkan kemaluan tertuduh pada kemaluan mangsa, mencium mulut dan muka.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan antara tahun 2015 hingga 17 Oktober 2021 di tandas dan bilik tidur di sebuah rumah di Jalan Basong, Taman Datuk Syed Idrus, Gelang Patah.

Pendakwaan turut dikendalikan Choon Yew dan Nor Fadilah Johanuddin, manakala tertuduh diwakili peguam, R.Subash.

Terdahulu Choon Yew tidak mencadangkan jaminan kerana kesalahan yang dilakukan tersebut adalah kesalahan tidak boleh dijamin, namun menawarkan RM20,000 bagi setiap pertuduhan sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara terhadap bekas pekerja kilang kopi itu.

Siti Noraida kemudian menetapkan jaminan RM15,000 untuk tiga pertuduhan berserta syarat tambahan seperti dihadapi Ibnu Azim termasuk dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai serta tarikh 7 Julai untuk sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

-EDISI9

Terkini

Agong murka isu stoking tertera kalimah Allah

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di...

Lagi Artikel Berkaitan