29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Penganggur direman enam hari, cabul dua anak saudara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG penganggur direman selama enam hari bermula Ahad selepas disyaki mencabul dua anak saudaranya yang berusia empat dan lima tahun dalam kejadian di Chukai, Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, lerintah tahanan reman ke atas suspek dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret.

“Ini bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017,”katanya memetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek yang berusia 45 tahun itu ditahan selepas pihak polis menerima laporan berhubung perbuatan tersebut oleh pengadu.

Advertisements

“Pihak polis menahan suspek sekitar jam 4.50 petang Sabtu selepas menerima laporan oleh salah seorang ahli keluarga mangsa.

“Berdasarkan laporan itu, kanak-kanak tersebut mengadu sakit pada bahagian kemaluannya selepas bapa saudaranya membawa masuk ke dalam sebuah bilik dan melakukan perbuatan terkutuk itu,”katanya.

Hanyan berkata, kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, pihak polis turut memanggil ahli keluarga mangsa bagi memberikan keterangan berhubung kes berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan