29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Polis tahan siak, warga emas disyaki cabul budak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan dua lelaki termasuk salah seorangnya merupakan siak berhubung kes cabul kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menahan individu itu susulan laporan yang diterima pada pukul 4.53 petang kelmarin.

Ujar beliau, dalam laporan, mangsa mendakwa dicabul dua lelaki berusia 56 dan 74 tahun.

“Kedua-duanya merupakan siak dan pesara swasta. Kejadian dilapor berlaku di tandas surau dan rumah suspek di Bukit Sentosa, Hulu Selangor,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Advertisements

Mohd Asri berkata, kedua-dua suspek ditahan di lokasi berasingan di sini, pada hari sama laporan dibuat.

Menurutnya, semakan mendapati mereka tiada rekod kesalahan lampau dan ujian saringan air kencing negatif dadah.

“Kedua-duanya direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 10 Mac untuk siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 15 (a)(i) akta sama,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan