29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Liek Hou cemerlang rangkul kejuaraan di Sepanyol

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menewaskan pemain Taiwan, Fang Jeng Yu, 21-7, 21-13 dalam aksi final

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DISERANG batuk teruk, selesema dan kahak berdarah tidak menjadi penghalang kepada pemain badminton persorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) negara, Cheah Liek Hou apabila muncul juara Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol Tahap 1 di Teledo malam tadi.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu dinobatkan sebagai juara selepas mengenepikan saingan pemain Taiwan, Fang Jeng Yu, 21-7, 21-13 dalam aksi final yang berlangsung selama 27 minit.

Liek Hou menerusi Facebook berkata, cuaca sejuk -4 darjah celsius di Toledo memberikan cabaran besar buat dirinya apatah lagi tidak biasa dengan keadaan seperti itu.

“Banyak cabaran di kejohanan ini kerana saya tidak ada dalam keadaan yang sihat (selesema, batuk teruk dan dahak berdarah) sebab cuaca di sini memang sangat sejuk. Awal pagi cuacanya -4 darjah celcius.

“Memang saya tidak biasa di negara yang sejuk sampai kondisi (kesihatan) saya menurun.

“Saya bertahan dan makan ubat sampai ke peringkat akhir dan akhirnya menang kejohanan ini untuk layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024. Saya akan jadikan ini sebagai satu pengajaran,” katanya.

Kemenangan Liek Hou malam tadi menyaksikan pemain berusia 34 tahun itu mengubati kekecewaan selepas hanya muncul naib juara Kejohanan Badminton Antarabangsa Sepanyol Tahap 2 bulan lalu selepas tewas kepada musuh ketatnya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi.

Untuk rekod, kejayaan di Toledo merupakan gelaran dunia ke-12 perseorangan negara itu selepas muncul juara perseorangan tujuh kali dan mengumpul lima kejuaraan bagi kategori beregu lelaki SU5. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan