Thursday, June 4, 2026

Lans Koperal tembak isteri direman hingga 12 Mac

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS mengenakan reman selama tujuh hari sehingga 12 Mac ke atas anggota berpangkat Lans Koperal yang disyaki menembak mati isterinya dengan lebih lima das dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Simpang Empat, Perlis, semalam.

Perintah reman dikeluarkan jam 9 pagi oleh Majistret Mahkamah Kangar, Ana Rozana Mohd Nor di wad di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar di mana suspek kini dirawat dan bakal menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital itu.

Suspek berusia 27 tahun yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis disyaki membunuh isterinya, Safsufarnisya Salleh, 26, yang juga seorang suri rumah.

Supek dipercayai menembak mangsa lebih daripada lima das tembakan menggunakan pistol dari jenis Walther P99 dari jarak dekat mengenai bahagian muka di mata sebelah kiri mangsa di dalam sebuah bilik di kediaman pasangan terbabit di kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan reman suspek dan ketika ini pihaknya juga sedang menyiasat motif suspek bertindak sedemikian sehingga membunuh isterinya.

Semalam media melaporkan, dalam kejadian jam 6 pagi, suspek dipercayai baharu pulang dari tugasannya menembak mati isterinya.

Malah difahamkan daripada keluarga mangsa, suspek tidak menunjukkan sebarang masalah atau perlakuan pelik sebelum kejadian.

Selain itu juga, suspek dikatakan sempat minum bersama isteri di dapur sebelum kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan