YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada juara Paralimpik Tokyo 2022 Cheah Liek Hou yang merangkul gelaran perseorangan lelaki ketujuhnya pada Kejohanan Para Badminton Dunia.
Turut menzahirkan ucapan tahniah, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
“Semoga dilimpahi kecemerlangan berterusan,” titah Seri Paduka berdua menerusi poster dikongsi Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.
Atlet berusia 34 tahun itu merangkul gelaran juara ketujuh pada Kejohanan Badminton Para Dunia di Tokyo, Jepun, selepas menewaskan musuh tradisinya, Dheva Anrimusthi dari Indonesia 21-14, 21-12 pada aksi final kategori SU5.
Kejayaan itu membolehkan pemenang pingat emas Paralimpik 2020 itu merampas kembali kejuaraan selepas kali terakhir memenanginya di Ulsan, Korea Selatan 2017, selepas kecundang di pentas separuh akhir pada edisi 2019 di Basel, Switzerland.
Pada kejohanan dunia 2019, Liek Hou bukan sahaja terpaksa melepaskan penguasaan dalam acara perseorangan lelaki SU5 selepas tewas kepada Dheva Anrimusthi, malah turut kehilangan kedudukan nombor satu dunia.
-EDISI9

