29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

PN janji beri guru komputer riba jika menang PRU-15

Sistem pendidikan di bawah PN juga akan bergerak lebih cekap dengan peningkatan kecekapan hubungan internet di sekolah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEMUA guru akan diberikan komputer riba sebagai kemudahan selain antara usaha meningkatkan kecekapan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP), jika Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Jawatankuasa Tawaran PN, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia antara tawaran di bawah manifesto gabungan itu untuk memantapkan sektor pendidikan negara.

Menurutnya, meskipun guru sudah dilatih dalam konteks pendigitalan sepanjang pendemik Covid-19, tetapi tawaran itu membantu meningkatkan kecekapan proses PdP kepada mereka.

“Semua guru kita akan disediakan (dengan) komputer riba sebab apa dengan teknologi digital ini banyak perkara boleh dimudahkan.

“Kalau kita buat dulu secara manual satu persatu mengambil masa, jadi kita bentuk satu sistem menyeluruh untuk kemudahan guru.

“Ini pertama kali dalam sejarah guru-guru akan disediakan dengan komputer riba bagi memudahkan PdP mereka,” katanya pada sesi Townhall sempena majlis pelancaran Tawaran PN Best di Shah Alam, malam tadi.

Baca juga:   Trend guru bersara awal perlu intervensi kerajaan - Tok Mat

Radzi yang juga calon PN di Parlimen Putrajaya berkata, sistem pendidikan di bawah PN juga akan bergerak lebih cekap dengan peningkatan kecekapan hubungan internet di sekolah.

“Sebelum ini di sekolah tiga tempat saja ada internet iaitu bilik guru, pejabat dan pusat sumber. Kalau kita menang membentuk kerajaan kita akan sambung seluruh kawasan sekolah dengan internet berkelajuan tinggi.. itu komitmen kita,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 234 tawaran dikemukakan PN melalui manifestonya yang merangkumi 12 tunjang dan 30 pendekatan pada PRU-15.

Baca juga:   Guru-guru kerah kudrat, tenaga bantu mangsa banjir

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Misi banjir: PDRM terima bot daripada 7-Eleven Malaysia

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menerima sumbangan 30 buah "inflatable boat" daripada Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. untuk kegunaan misi...

Lagi Artikel Berkaitan