30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Model popular Perancis peluk Islam, tunai umrah di Mekah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MODEL popular dan personaliti televisyen Perancis terkenal, Marine El Hilmer telah memeluk agama Islam sejak beberapa bulan lalu, tetapi hanya mendedahkan perkara itu kepada umum.

Menurut model berusia 26 tahun itu, pada mulanya beliau merahsiakan perkara itu kerana menganggap ia adalah hal peribadi, namun merasakan perlu baginya berkongsi berita gembira tersebut dengan para peminatnya yang sudah dianggap sebagai keluarga keduanya.

“Terdapat jalan yang perlu anda lalui bersendirian. Tiada kawan, tiada keluarga, tiada pasangan. Hanya awak dan Allah,” tulis beliau membuka catatan menerusi media sosial itu sambil berkongsi rakaman beliau mengucap dua kalimah syahadah di sebuah masjid dipercayai di Mekah, Arab Saudi.

Marine turut berkongsi gambar dan video yang menunjukkan beliau sedang melakukan umrah di Tanah Suci.

Jelas model tersebut, tindakannya memilih untuk memeluk Islam adalah atas pilihan jiwa dan hatinya dan akan mengamalkannya dengan bebas dan bangga.

Marine El Himer berkongsi gambar dan video menunjukkan beliau sedang menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah. – Sumber: IG marinelhimer/

“Saya tidak ada rasa malu untuk menukar kepada agama (Islam) kerana ia adalah hak asasi setiap orang… Terima kasih kepada mereka yang menyukainya, atau sekurang-kurang menghormatinya,” kata beliau.

Advertisements

Sebelum itu, Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin menerusi Facebooknya turut berkongsi kisah penghijarahan model tersebut.

“Beliau kembali ke jalan fitrah setelah sekian lama mengkaji dan berusaha mencari jalan kebenaran.

“Marine mengungkapkan detik penghijrahannya ini merupakan hari yang paling gembira buat jiwanya.

“Semoga istiqamah dan menjadi duta kebenaran di dunia Barat yang dahagakan hidayah Ilahi ini,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan