25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Prosiding kes 1MDB: ‘Optimus Prime’ gelaran untuk Najib

‘Optimus Prime’ yang menggunakan singkatan ‘OP’ turut dibangkitkan pada perbicaraan rasuah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang didengar di Mahkamah Tinggi hari ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

OPTIMUS Prime iaitu salah satu watak dalam filem aksi Transformers merupakan gelaran yang dirujuk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam urusan pengendalian transaksi wang dalam akaun peribadi beliau di AmBank.

Memetik laporan Utusan Online, gelaran itu yang digunakan oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Teak Jho atau Jho Low pernah disebut ketika perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. melibatkan bekas Perdana Menteri.

Optimus Prime yang menggunakan singkatan ‘OP’ turut dibangkitkan pada perbicaraan rasuah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang didengar di Mahkamah Tinggi hari ini.

Bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu berkata, gelaran dan singkatan nama ‘OP’ itu digunakan oleh Jho Low ketika bertukar-tukar pesanan ringkas Blackberry dengannya.

Menurut Joanna, 51, Jho Low memberitahunya bahawa ‘OP’ mungkin akan menutup akaun peribadi beliau pada Disember 2014.

Nama gelaran dan singkatan itu dibangkitkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram ketika menyoal saksi pendakwaan ke-41 pada sesi pemeriksaan utama.

Sri Ram: Siapa Optimus Prime atau ‘OP’ yang dimaksudkan?
Joanna: Jho Low beritahu ia adalah kod nama untuk Datuk Seri Najib.

Sri Ram: Adakah kamu rasa sangsi siapa ‘OP’ yang dimaksudkan?
Joanna: Tidak, ia adalah Datuk Seri Najib.

Advertisements

Joanna memberikan keterangan terhadap Najib, 69 yang menghadapi pertuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung petang.

Najib didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini di antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.

Bekas Perdana Menteri didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Najib berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM 5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. 

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan