24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Edah: Mufti Perlis sahkan Zahida ada hubungi beliau

Ketua Puteri UMNO itu aku dengan hukum syarak dan menyerahkan tugas kempen PRU-15 kepada jentera parti

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengesahkan bahawa calon Barisan Nasional (BN) bagi Padang Besar, Datuk Zahida Zarik Khan ada menghubungi beliau bagi mendapatkan nasihat berhubung kedudukannya selepas kematian suami baru-baru ini.

Menurut beliau, Zahida yang juga Ketua Puteri UMNO Malaysia akur bahawa beliau tidak boleh keluar berkempen sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berikutan masih dalam edah sepertimana hukum syarak.

Ini kerana, kata beliau, wanita yang kematian suami wajib berada di dalam edah selama empat bulan 10 hari. Untuk rekod, suami Zahida meninggal dunia pada 20 Ogos lalu.

“Walaupun begitu, seseorang calon wanita dalam edah kematian suaminya tetap boleh berkempen di rumahnya, sama ada melalui orang yang hadir atau melalui media baharu dengan pelbagai teknologi yang ada.

“Selain itu juga, dalam masa yang sama dia perlu ingat tentang larangan bersolek dan berhias yang disebutkan oleh Rasulullah SAW maka kemunculannya dalam sosial media atau di talian atau siaran langsung hendaklah mengambil kira hal berkenaan,” katanya hari ini.

Asri berkata, menurut hukum syarak, Zahida tidak boleh keluar bait al-zaujiyyah atau rumah kehidupan sebagai pasangan suami isteri atau tempat beliau menetap sepanjang tempoh edah jika tiada rumah perkahwinan untuk berkempen pilihan raya.

Datuk Zahida Zarik Khan

Katanya, keluar untuk kempen PRU-15 bukan keperluan hidup yang mana jika dia tidak keluar maka hidupnya terjejas dan hidup seseorang tidak bergantung kepada hal itu, kerana jika dia tidak menyertai kempen, iatidak menjejaskan keperluan asas hidupnya.

“Ini adalah perintah al-Quran dan al-Sunnah di mana hanya tempoh itu boleh disingkatkan jika wanita itu mengandung dan melahirkan anak sebelum tempoh itu.

Advertisements

“Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 234 yang bermaksud “Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri hendaklah isteri itu menahan diri mereka (beredah) selama empat bulan 10 hari,” kata beliau.

Asri berkata, kewajipan berada dalam ‘iddah (edah) itu sudah jelas dalam al-Quran, al-Sunnah dan ijmak (kesepakatan tanpa kecuali) para mujtahidin dan semua ulama sudah berijmak bahawa larangan yang paling wajib dipatuhi dalam tempoh itu adalah tidak boleh bernikah.

Sebelum ini, Zahida menerusi rakaman video berkata, pemilihan beliau sebagai calon BN Padang Besar itu merupakan amanah besar daripada parti untuk beliau menawarkan diri berkhidmat kepada rakyat di kawasan tersebut.

“Insha-Allah dengan bimbingan ibu ayah, kekand- kekanda dan sahabat seperjuangan semua, saya akan bekerja sehabis baik untuk menyumbang satu kerusi parlimen kepada BN.

“Dengan rendah diri saya mohon sokongan, bantuan dan semestinya undi calon No 4, undi Barisan Nasional pada 19 November nanti.

“Semoga BN kekal di bumi Padang Besar ini. InshaAllah,” katanya menerusi rakaman yang disiarkan Sabtu lalu, sempena proses penamaan calon PRU-15.

Zahida akan ditentang oleh penyandang kerusi berkenaan, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang bertanding atas tiket Bebas serta tiga lagi calon iaitu Rushdan Rusmi dari Perikatan Nasional, Ko Chu Liang dari Parti Warisan Sabah dan Muhammad Saad @ Yahya dari Pakatan Harapan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan