29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

PRU15: 2 individu ditahan, 3 kertas siasatan dibuka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) membuka tiga kertas siasatan dan melakukan dua tangkapan kerana kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali, berkata Kedah dan Pahang masing-masing merekodkan satu kertas siasatan dan satu tangkapan, manakala baki satu kertas siasatan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(A)(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, 427 Kanun Keseksaan (KK), 435 KK, 505 (b) KK serta 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehingga semalam, sebanyak 814 permit ceramah dikeluarkan di seluruh negara dengan Sabah paling banyak iaitu 157 disusuli Perak (109) dan Johor (104).

“Sebanyak 81 ceramah tanpa permit pula direkodkan membabitkan Negeri Sembilan 45 kes, Perak (16) dan Johor serta Pahang masing-masing lima,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca juga:   Pengundi muda diingat tidak lupa janji palsu parti politik PRU14

Semalam, PDRM mengenal pasti enam kesalahan utama yang berkemungkinan berlaku ketika berkempen dan pengundian pada PRU15.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, dilaporkan berkata, antara kesalahan itu mengoyak poster dan papan tanda parti serta calon yang bertanding, mengeluarkan kata-kata atau perbuatan yang berbaur hasutan dan bergaduh.

“Kesalahan lain yang menjadi perhatian polis melakukan demonstrasi, menyebarkan berita palsu melalui media sosial dan internet serta melakukan tohmahan. – Edisi 9

Baca juga:   Pihak terkesan akaun parodi boleh ambil tindakan sivil

Wartawan

Terkini

Misi banjir: PDRM terima bot daripada 7-Eleven Malaysia

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menerima sumbangan 30 buah "inflatable boat" daripada Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. untuk kegunaan misi...

Lagi Artikel Berkaitan