25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Suami Ketua Puteri UMNO meninggal dunia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SUAMI kepada Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

Berita duka itu dimaklumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi Facebook beliau sebentar tadi.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah kepada Datuk Zahida Zarik Khan, Ketua Puteri BN dan UMNO, atas pemergian suami tercinta.

“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman di sisi Allah SWT. Al-Fatihah,” katanya.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menitipkan salam takziah kepada Zahida menerusi media sosialnya.

“Salam takziah buat Datuk Zahida Zarik Khan sekeluarga atas pemergian suami tercinta kembali ke alam baqa. Semoga keluarga arwah dipermudahkan segala urusan dan ditempatkan bersama kalangan orang beriman dan bertakwa,” katanya.

Ucapan takziah turut disampaikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi Facebook.

“Salam takziah buat Zahida sekeluarga. Semoga segala urusan terakhir arwah dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan