27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

110 sekolah rintis kelas hibrid mulai bulan depan – Radzi

KPM memperuntukkan RM1.3 bilion untuk menaik taraf semua infrastruktur digital dan ICT di sekolah-sekolah berkenaan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 110 buah sekolah telah dipilih sebagai perintis kelas hibrid sebagai salah satu program transformasi ke arah meningkatkan pendigitalan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, dalam program transformasi tersebut setiap sekolah akan diwakili oleh lima buah bilik darjah.

“KPM akan sediakan televisyen pintar dan setiap kelas terbabit akan ditingkatkan sambungan internet bagi membolehkan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara hibrid.

“Dalam masa sama, pelajar di sekolah lain boleh mengaksesnya secara langsung dan mereka boleh melihat bagaimana guru lain mengajar.

“Dengan kaedah ini, perkongsian dan juga inovasi pendidikan dapat turut dipertingkatkan,” katanya pada majlis Transformasi Pendidikan: Pemerkasaan ICT di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 18 (1) hari ini.

Baca juga:   Hutang: Peneroka Felda Kepis hargai bantuan PM

Mengulas lanjut Radzi berkata, rancangan pendigitalan menerusi projek rintis itu boleh juga dilihat bagaimanakah guru-guru berkongsi daya kreatif dan inovatif mereka dengan sahabat lain.

“Dalam merealisasikan projek ini, sambungan internet juga akan ditambah baik dari segi kelajuan supaya proses tidak terganggu dan impaknya boleh capai pada tahap optimum,” katanya.

Beliau berkata, kementerian telah memperuntukkan RM1.3 bilion untuk menaik taraf semua infrastruktur digital dan ICT di sekolah-sekolah berkenaan.

“Pelaksanaan inisiatif itu bermula pada 2020 bermula dengan penggantian infrastruktur ICT di pejabat pentadbiran sekolah.

Baca juga:   Peperiksaan 533 calon SPM terjejas banjir dijadual semula

“Inisiatif itu diteruskan dengan pendekatan pajakan guna di jabatan dan unit lain di sekolah berkenaan, yang dilaksanakan dalam tiga fasa mulai tahun ini,” katanya.

Fasa pertama, iaitu hampir 90 peratus siap, melibatkan 3,910 sekolah dan peruntukan RM411.8 juta.

Sementara itu, dalam perkara berkaitan Radzi berkata, dalam konteks capaian internet di sekolah KPM dalam usaha perbincangan dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) dalam mencari pendekatan sesuai.

“Kita akan siapkan kertas kerja bagi bentangkan dalam jemaah menteri, dalam usaha membolehkan di segenap tempat di dalam sekolah akan ada capaian internet,bukan sahaja di bilik guru, bilik pentadbiran dan pusat sumber.

“Ini akan melibatkan kos besar, namun begitu kita yakin pendekatan dibawa, bahawa apabila rancangan ini diluluskan ia akan lihat dalam masa akan datang hubungan internet jauh lebih baik,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Kidzania Kuala Lumpur kini dibuka semula

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan