Tuesday, July 21, 2026

Belanjawan 2026: MCMC komited laksana inisiatif strategik

Ini terutama bagi memperkukuh ekosistem komunikasi dan multimedia negara serta memastikan rakyat menikmati manfaat teknologi secara inklusif dan seimbang di seluruh Malaysia.

Mesti Baca

SURUHANJAYA Komunikadi dan Multimedia Malaysia (MCMC) komited untuk melaksanakan pelbagai inisiatif strategik yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, semalam.

Ini terutama bagi memperkukuh ekosistem komunikasi dan multimedia negara serta memastikan rakyat menikmati manfaat teknologi secara inklusif dan seimbang di seluruh Malaysia.

MCMC berkata, ia selari dengan penekanan Kementerian Komunikasi dalam usaha memperkukuh kesalinghubungan komunikasi, memperluas pembangunan infrastruktur digital negara, serta memperkasa masyarakat melalui teknologi dan inovasi.

Menurut agensi itu, antara insiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan Madani 2026 di Dewan Rakyat ialah sambungan kabel dasar laut Madani (SALAM) yang membabitkan peruntukan sebanyak RM2 bilion.

“Pembinaan kabel dasar laut sepanjang 3,190 km dari Johor ke Sabah dan Sarawak bagi memperkukuh kesalinghubungan dan capaian Internet negara,” kata MCMC dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, peluasan liputan Jalinan Digital Negara Kedua (JENDELA 2) melibatkan peluasan jalur lebar ke 2,700 lokasi baharu khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman dengan peruntukan RM780 juta.

Pada masa yang sama, kata MCMC, kerajaan juga akan meningkatkan sambungan internet di hospital awam dan klinik kesihatan menerusi projek kesinambungan Internet Fasiliti Kesihatan membabitkan peruntukan RM650 juta.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) turut diperkasa dengan peruntukan RM350 juta dengan 1,099 pusat komuniti itu akan menjadi hab latihan dan
keusahawanan bagi membantu usahawan desa menjana pendapatan.

“Bagi memperkukuh kedaulatan data negara yang selamat dan beretika, MCMC
akan membangunkan Sovereign AI Cloud dengan pelaburan sebanyak RM2
bilion.

“Inisiatif ini turut merangkumi penubuhan AI Transformation Centre bersama Universiti Multimedia (MMU) serta Center of Excellence in Ethics for Emerging Technologies sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan kecerdasan buatan (AI),” katanya.

MCMC kata kenyataan itu, juga menyokong pelaksanaan model dwirangkaian 5G bagi memastikan kedua-dua rangkaian mencapai liputan 80 peratus menjelang 2026, sekali gus menyediakan perkhidmatan Internet yang lebih pantas dan mampu milik untuk rakyat serta perniagaan.

Pada masa sama, MCMC akan memperluas Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan kesedaran keselamatan siber dan penggunaan internet beretika kepada seluruh lapisan masyarakat.

“Keseluruhannya, inisiatif di bawah Belanjawan 2026 mencerminkan komitmen
MCMC untuk memperkukuh kesalinghubungan, meningkatkan kecekapan
perkhidmatan komunikasi, dan memastikan rakyat di seluruh negara menikmati
manfaat pembangunan secara saksama,” kata MCMC. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan