Tuesday, July 21, 2026

Pusat judi dalam talian warga China diserbu, 11 ditahan

Kesemua yang ditahan berusia di antara 20 hingga 40 tahun. Jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai 11 orang.

Mesti Baca

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu pusat judi didalangi warga China di sebuah kediaman dalam satu operasi khas di sekitar Jalan P. Ramlee di ibu negara, Khamis lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, dalam operasi yang bermula 3.50 petang itu, seramai 10 lelaki dan seorang wanita warga China ditahan.

Beliau berkata, operasi melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

“Berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu, pasukan operasi telah diatur gerak ke lokasi premis kediaman dan berjaya menahan 10 lelaki dan satu perempuan warganegara China. 

“Kesemua yang ditahan berusia di antara 20 hingga 40 tahun. Jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai 11 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, semakan awal mendapati dua lelaki warganegara China yang ditahan memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS), lima lelaki telah tinggal lebih masa, tiga lelaki dan satu perempuan yang lain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau Pas yang sah untuk berada di negara ini.

Tegas beliau, hasil pemeriksaan, pasukan operasi telah menyita tujuh naskhah pasport China, 11 unit komputer riba, tujuh unit telefon bimbit, tiga unit set komputer dan wang tunai sebanyak RM3,900.

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan menjadikan premis kediaman mewah sebagai pusat operasi perjudian dalam talian yang dikendalikan oleh warganegara China yang menyasarkan pasaran luar negara. 

“Aktiviti ini menggunakan aplikasi Telegram dan WhatsApp untuk tujuan promosi dan komunikasi,” katanya.

Jelas beliau, dua lelaki telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, lima lelaki disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/1963.

Manakala tiga lelaki dan satu perempuan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. 

“Kesemua warganegara asing dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya siasatan lanjut,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan