24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ancam Ketua Hakim Negara tindakan menggerunkan – Rais

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN pihak-pihak tertentu yang memberi ancaman terhadap Ketua Hakim Negara merupakan satu perkara yang amat menggerunkan, kata Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

Rais berkata, tindakan itu disifatkan sebagai melampau dan belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

“Ancaman sebegitu tidak pernah wujud sebelum ini termasuk dalam kes yang membawa pesalah ke tali gantung.

“Berita tentang adanya pihak mengugut hakim amat menggerunkan.

“Tak pernah dalam sejarah negara ini gertak dan ancaman dihalakan kepada hakim walaupun dalam kes-kes tali gantung.

“Yang berlaku kini sudah melampau,” ciap beliau menerusi Twitter hari ini.

Beliau yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Jelebu menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat.

Advertisements

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilapor telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menyiasat sebarang elemen ancaman dan ugutan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ancaman terhadap Tengku Maimun dikesan dalam pelbagai medium laman sosial, termasuk aplikasi Twitter dan Facebook sejak tengah malam kelmarin.

Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Persekutuan.

Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu antaranya berkaitan hakim bicara kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.

Tengku Maimun yang mengetuai panel lima hakim ketika membaca penghakiman ringkasnya menyatakan bukti baharu yang dimohon tidak relevan dengan rayuan tersebut.

Ia membabitkan sabitan kesalahan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta oleh Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Mohd Nazlan pada 28 Julai 2020. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan