Wednesday, July 22, 2026

Kerajaan pertimbang naikkan peruntukan KKM dalam Bajet 2023

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN sedia memberi pertimbangan sewajarnya termasuk meningkatkan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Belanjawan 2023 (Bajet 2023) yang dijangka dibentangkan Oktober nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana KKM merupakan antara kementerian penting yang berurusan secara terus dengan rakyat.

“Baru-baru ini sewaktu mesyuarat penyelarasan projek-projek pembangunan di bawah RMK-12 (Rancangan Malaysia Ke-12), saya dimaklumkan bahawa KKM perlu dibantu dalam bajet yang akan datang.

“Saya ingat lagi YB KJ (Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin) angkat tangan minta (naikkan peruntukan) lima peratus daripada GDP (KDNK). Sekarang ini 2.5 peratus, ada separuh lagi.

“Jadi tidak apalah. EPU (Unit Perancang Ekonomi) akan lihat perkara ini. Insya-Allah kalau tak tambah begitu drastik sekurang-kurangnya akan ada sedikit pertambahan bajet (yang dibentangkan) tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya pada majlis perasmian Hospital Bera hari ini. – BERNAMA

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan