Thursday, June 4, 2026

5.7 juta penerima PeKa B40 belum jalani saringan kesihatan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 5.7 juta penerima Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) masih belum menjalani saringan dan memahami status kesihatan seperti ditawarkan kerajaan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, sehingga 6 Julai lalu, hanya satu juta penerima PeKa B40 yang layak telah menjalani saringan penyakit tidak berjangkit (NCD) di fasiliti kesihatan.

“KKM ingin menggalakkan 5.7 juta penerima yang layak dan belum mendapatkan manfaat PeKa B40 untuk hadir ke salah satu daripada mana-mana 4,000 Klinik GP atau Klinik Kesihatan terdekat di seluruh negara.

“Ini bagi menjalani saringan, memahami status kesihatan dan mendapatkan nasihat profesional daripada doktor tentang cara menjaga dan meningkatkan gaya hidup sihat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sejak dilancarkan pada April 2019, PeKa B40 telah memberi manfaat kepada 1 juta orang di bawah Kumpulan B40 melalui saringan kesihatan percuma untuk pengesanan awal NCD dan faktor risikonya.

Itu termasuk kencing manis, darah tinggi, paras kolesterol tinggi, obesiti, kemurungan, kerisauan dan kanser. 

Zaliha berkata, hanya 40 peratus daripada mereka telah mengetahui berkenaan penyakit senyap itu dan telah dirujuk untuk rawatan selanjutnya bagi mencegah daripada mengalami komplikasi serius.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga hari ini, lebih daripada 50,000 penerima manfaat PeKa B40 telah menerima 60,000 Bantuan Kesihatan (Peralatan Kesihatan percuma) bernilai RM110 juta sejak skim itu diperkenalkan.

“Sejumlah 7,000 penerima manfaat PeKa B40 juga telah menerima Insentif Penyelesaian Rawatan Kanser dan 12,000 telah menerima Insentif Pengangkutan.

“KKM berterima kasih kepada 3,100 Klinik GP, 990 klinik kesihatan, 170 makmal swasta, dan 140 hospital kerajaan atas sokongan berterusan mereka terhadap program ini dalam memberi manfaat khusus kepada kumpulan B40,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan