28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

KKM batal penjualan dua produk kosmetik beracun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BAHAGIAN Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai supaya tidak membeli dan menggunakan produk dua produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, dua produk tersebut adalah Airee Beautycare Night Cream dan BL Ledehh Day Cream 1.

Susulan daripada itu katanya, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini.

“Airee Beautycare Night Cream mengandungi merkuri sementara BL Ledehh Day Cream 1 didapati mempunyai hydroquinone dan tretinoin.

“Merkuri boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. la juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit, kulit menjadi hipersensitif, menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) dan meningkatkan risiko kanser kulit.

Advertisements

Tretinoin pula katanya, boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Sementara itu, Muhammad Radzi berkata, penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran dengan serta-merta. 

“Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Mereka boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. 

“Syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan