25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

KKM batal penjualan tiga produk kosmetik beracun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BAHAGIAN Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menggesa orang awam supaya tidak membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hasaan berkata, tiga produk tersebut ialah BL Ledehh Day Cream 2 yang mengandungi merkuri, BL Ledehh Night Cream (merkuri) dan For U Night Cream – 15g (Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate).

Katanya, Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini.

“Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. 

“Penjualan dan pengedaran produk kosmetik in adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Muhammad Radzi berkata, produk kosmetik yang mengandungi merkuri boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf manusia.

“la juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” ujarnya.

Beliau berkata, produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. 

Hydroquinone boleh meningkatkan risiko kanser kulit, tretinoin menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan dan mengelupas.

Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan