Tuesday, June 16, 2026

12 rumah kongsi buruh binaan musnah dijilat api

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 12 rumah kongsi didiami pekerja buruh binaan musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku di Bandar Putra Permai, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima laporan kejadian pada jam 2.25 petang.

Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dengan bantuan jentera dari Cyberjaya serta Puchong digerakkan ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan 12 unit kontena berukuran 12×20 setiap unit yang dijadikan rumah kongsi pekerja pembinaan.

“Operasi memadam kebakaran membabitkan 26 pegawai dan anggota,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 2.46 petang dan kemusnahan kebakaran dianggar 90 peratus. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan