30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

SPM ulangan 2023 dijadualkan pada 4 hingga 6 September

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2023 akan dilaksanakan pada 4, 5 dan 6 September 2023.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, ia akan melibatkan tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Menurut KPM, seramai 8,587 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun 2023 di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan, seramai 1,639 petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertulis dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu serta 1,332 petugas peperiksaan untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu.

Advertisements

“KPM mengingatkan semua calon peperiksaan SPMU tahun 2023 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

“Jadual waktu peperiksaan SPMU tahun 2023 boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan lp.moe.gov.my. Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun dari Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian di pautan sppat.moe.gov.my,” katanya dalam kenyataan di sini.

KPM turut mengingatkan calon supaya mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPMU tahun 2023 dan mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon peperiksaan terbabit. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan