33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Co-opbank jalin kerjasama dengan PolicyStreet

Tawar perkhidmatan pembelian dan memperbaharui takaful kenderaan, cukai jalan secara dalam talian.

Mesti Baca

BAGI meluaskan lagi capaian sasaran pelanggan, Co-opbank Pertama (CBP) menjalin kerjasama dengan syarikat penyedia platform digital, PolicyStreet.

Kerjasama itu bagi menawarkan perkhidmatan pembelian dan memperbaharui takaful kenderaan serta cukai jalan secara dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, perkhidmatan yang ditawarkan adalah salah satu inisiatif CBP bagi memudahkan urusan anggota dan pelanggan CBP.

“Kini anggota dan pelanggan tidak perlu hadir ke cawangan untuk menyelesaikan urusan berkenaan, sebaliknya boleh melakukannya secara dalam talian dan menunggu cukai jalan mereka dihantar ke rumah.

Advertisements

“Melalui perkhidmatan pembaharuan takaful kenderaan dalam talian ini juga, pelanggan dapat membandingkan harga dan manfaat yang disediakan pelbagai pengendali takaful dan memilih pakej yang terbaik untuk mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pelanggan-pelanggan CBP hanya perlu melayari tapak web CBP atau mengimbas kod QR yang terdapat di dalam risalah produk takaful kenderaan untuk melakukan transaksi pembelian sehingga selesai.

“Ini juga adalah strategi CBP untuk menawarkan produk secara digital kepada segmen pasaran yang terdiri daripada generasi muda yang mesra teknologi.

“CBP turut merancang untuk menambah beberapa lagi produk dan perkhidmatan berasaskan fi kepada anggota dan pelanggan secara digital di masa akan datang mengikut keperluan masyarakat,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan