26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

BN sedang perinci calon bagi PRK DUN Pelangai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, parti itu sedang meneliti senarai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang.

Zahid berkata, persoalan siapa yang akan mewakili BN dan UMNO sedang diperincikan.

“Malah, perbincangan sudahpun diadakan dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berhubung perkara itu.

“Kita sudah meneliti bukan sahaja keputusan dalam PRU (Pilihan Raya Umum) lalu tetapi kita berasakan pembangunan DUN Pelangai harus ada kesinambungan dan diteruskan.

“UMNO Bahagian Bentong kemudiannya akan mengemukakan nama kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk keputusan yang akan kita buat nanti,” katanya kepada pemberita memetik laporan Berita Harian. 

Advertisements

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penutupan Madani Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena peringatan Hari Polis Ke-216 dan Sambutan Bulan Kemerdekaan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. 

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Kerusi DUN Pelangai berhadapan kekosongan luar jangka susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun, Khamis lalu.

Johari adalah antara 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Khamis ini bagi membincangkan tarikh penting pelaksanaan PRK DUN Pelangai.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan