33.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Anwar membalas dengan tindakan dan budi meski dicerca

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MESKIPUN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicerca oleh Pemimpin Perikatan Nasional (PN), beliau membalasnya dengan tindakan dan budi,”kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof.

Ini jelas kelihatan apabila katanya pemimpin PN, setiap kali bercakap selalu memperkecilkan niat baik Perdana Menteri untuk membantu rakyat miskin.

“Yang mereka tertarik ialah membunuh karekter dan peribadi PMX. Pelbagai gelaran yang tidak wajar diberikan kepada PMX,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Dr Mohammad Agus yang berasa sedih dengan keadaan itu katanya, sedih mendengarnya, apatah lagi gelaran itu dilontarkan oleh orang yang mendakwa mereka baik dan lebai.

“PMX tidak membalasnya dengan cerca. PMX membalasnya dengan tindakan dan budi.

Advertisements

“Apa budinya? Lihat sahajalah apa yang telah PMX dan kerajaannya buat selama tujuh bulan di Putrajaya. Pada saya terbaik.

“Terima kasih PMX dan kerajaan perpaduan,”katanya yang turut menyifatkan PMX seorang pemimpun yang kental.

Dalam hantaran sama, Mohammad Agus turut memuatnaik poster menyenaraikan 20 kejayaan Kerajaan Perpaduan dalam tempoh tujuh bulan mentadbir negara.

Kejayaan Kerajaan Perpaduan dalam tempoh tujuh bulan.

Menerusi poster berkenaan, antara kejayaan Kerajaan Perpaduan yang disenaraikan termasuk Bantuan Awal Persekolahan daripada RM100 kepada RM150; mewujudkan Bantuan Khas Untuk Pesawah RM250; pemberian keuntungan BERNAS 30 peratus untuk pesawah.

Selain itu, Bantuan Rakyat sebelum ini sehingga RM1,800 naik kepada RM2,500 dan Bantuan Musim Tengkujuh daripada RM600 kepada RM800. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan