25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Isu 3R: Polis Kedah terima 23 laporan berkaitan Guan Eng

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Kedah mengesahkan menerima 23 laporan polis setakat hari ini berhubung kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang dipercayai menyentuh yang menyentuh isu 3R (agama, raja dan kaum).

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, siasatan laporan itu dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata, Polis Kedah sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh isu sensitiviti 3R khususnya yang ditularkan media sosial kerana ianya boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan di negeri ini.

Advertisements

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan memainkan isu ini sehingga menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat.

Selain itu, PDRM Kedah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa yang mengambil kesempatan ke atas isu sensitiviti ini,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi, Fisol berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi undang-undang supaya proses PRN berjalan lancar dan keamanan di negeri ini dapat dikekalkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan