26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

31 projek perumahan sakit dipulihkan sepanjang Mei

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 31 projek perumahan yang melibatkan 3,299 unit rumah berjaya dipulihkan dari tempoh 1 hingga 31 Mei lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, sebanyak 29 daripanya telah berjaya dipulihkan sehingga menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) atau kembali lancar mengikut pemajuan yang dirancang.

Katanya, jumlah kesemua 31 projek perumahan tersebut membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.66 bilion.

“Ia membabitkan 28 projek berjaya dipulihkan iaitu sehingga menerima CCC membabitkan nilai RM1.2 bilion.

“Tiga lagi membabitkan projek kembali lancar mengikut pemajuan yang dirancang dengan kos RM460 juta,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya, hari ini.

Advertisements

Menurut Akmal Nasrullah, Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai telah mengenal pasti sebanyak 124 projek lewat, 471 projek sakit serta 112 projek terbengkalai. 

Secara keseluruhan, katanya, sebanyak 149 projek perumahan swasta berjaya dipulihkan iaitu sehingga menerima CCC atau kembali lancar mengikut pemajuan yang dirancang sepanjang penubuhan Task Force. 

“Task Force kali ini menunjukkan peningkatan pencapaian dari segi menambah baik pelaporan status projek dengan mengambilkira nilai pembangunan kasar iaitu GDV. 

“Sebanyak 149 projek perumahan swasta yang telah dipulihkan tersebut melibatkan 17,436 unit rumah yang bernilai RM15.2 bilion iaitu 22.3 perastus daripada RM 68.1 bilion (RM50.5 bilion projek perumahan swasta sakit dan RM17.6 bilion projek perumahan swasta lewat),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan