26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

TMJ adakan lawatan rasmi ke Singapura

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura selama tiga hari bermula hari ini.

Menerusi muat naik di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor, lawatan rasmi itu atas undangan Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.

Baginda akan ditemani isteri Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam serta pegawai istana dan pemimpin negeri Johor.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri Singapura, Datuk Lee Hsien Loong dan Datin Paduka Ho Ching akan menjadi tuan rumah kepada baginda dan Che’ Puan Besar Khaleeda untuk sesi minum teh.

Selain itu, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan dan isterinya pula akan menjadi hos bagi jamuan makan malam sebagai penghormatan kepada pasangan diraja tersebut.

Advertisements

Baginda juga akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura dan Menteri Kewangan, Lawrence Wong.

Tunku Mahkota Johor akan diiringi Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Singapura, Zaqy Mohamad dalam lawatan ke Kem Komando Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Manakala Menteri Negara (Pendidikan), Gan Siow Huang akan mengiringi baginda mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kuo Chuan Presbyterian.

Baginda akan menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Persatuan Bola Sepak Johor dan Persatuan Bola Sepak Singapura.

Ia merupakan kerjasama dalam pembangunan bola sepak termasuk pembentukan kejohanan acara bola sepak tahunan antara pasukan Pilihan Johor dan Pilihan Singapura mulai 2024. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan