25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Cubaan terdesak Dr. Mahathir tarik perhatian – Anwar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KENYATAAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ini disifatkan sebagai cubaan terdesak bagi menarik perhatian rakyat dan membuktikan dirinya masih relevan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, oleh itu, beliau merasakan tiada keperluan untuknya menjawab kenyataaan tersebut kerana tindakan itu akan membuatkan Dr. Mahathir masih dilihat relevan.

“Bekas Perdana Menteri itu (Dr Mahathir) telah kehilangan kerusi parlimen di Langkawi. 

“Saya rasa kita tidak perlu ambil serius mengenainya. Ia adalah cubaan terdesak beliau untuk mendapat perhatian, untuk dilihat relevan.

“Saya akan jadikan beliau tidak relevan, saya tidak akan memberikan sebarang komen mengenainya (kenyataan Dr Mahathir),” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan bekas Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong mengenai bantahan ramai terhadap kenyataan Dr. Mahathir yang menurutnya telah hilang pengaruh berikutan kegagalan besarnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Sementara itu Anwar berkata, setelah melangkah masuk ke 2023, beliau tidak faham mengapa masih ada sesetengah pihak yang ‘kekal’ dengan isu negara ini milik siapa.

“Ia diburukkan lagi dengan pemimpin korup yang menyalah guna kuasa dan memperkaya diri sendiri… Mereka ini jutawan, anak-anak mereka adalah jutawan.

“Jika benar kamu hendak, bantu kaum Melayu, serahkan separuh daripada kekayaan kamu kepada kaum Melayu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan