26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

3 termasuk pengurus taska ditahan kes dera kanak-kanak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA wanita ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes lima bayi dan kanak-kanak yang disyaki didera di sebuah taska di Taman Meru Perdana 2, Ipoh Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata tiga suspek berkenaan adalah pengurus dan guru taska berkenaan ditahan Jumaat lalu semasa rakaman percakapan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ipoh susulan laporan polis yang dibuat seorang daripada bapa mangsa pada Khamis lalu.

Beliau berkata, bapa kepada kanak-kanak perempuan, berusia 31 tahun itu telah mendapati anaknya yang berumur dua tahun mengalami kecederaan di bahagian lengan kiri ketika diambil dari taska terbabit dan mengesyaki ianya akibat didera.

“Susulan itu tiga suspek berkenaan berusia antara 26 hingga 51 tahun ditahan reman tujuh hari bermula kelmarin hingga 14 Julai ini bagi membantu siasatan,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Katanya, sehingga kini polis menerima sebanyak lima laporan polis daripada ibu bapa, membabitkan lima orang kanak-kanak dalam lingkungan umur setahun hingga dua tahun yang dijaga oleh pihak taska berkenaan.

“Pengadu syak kecederaan anaknya adalah akibat didera oleh guru taska terbabit,”katanya.

Ujar beliau, sehubungan dengan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kerana menganiayai kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan