27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Mayat wanita warga emas ditemukan terapung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAYAT wanita warga emas ditemukan orang awam dalam keadaan terapung di Taman Botani Perdana, Tasik Perdana, Kuala Lumpur pada pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, sebuah jentera dan anggota dari Balai Bomba Jalan Hang Tuan dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.39 pagi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada pukul 9:54 pagi, pihak polis meminta bantuan mengambil dan menaikkan mayat yang berada di dalam tasik anggaran jarak tiga meter dari tebing.

Advertisements

“Mayat mangsa berjaya dinaikkan pada jam 10.12 pagi dan diserahkan kepada polis dan paramedik di lokasi untuk pemeriksaan,” menurut kenyataan itu.

PGO JBPM Kuala Lumpur memaklumkan, mangsa yang berusia 68 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, punca kematian masih dalam siasatan manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan