36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Arkitek ditahan buat tuntutan palsu RM3 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG arkitek ditahan kerana disyaki membuat tuntutan palsu dianggarkan bernilai RM3 juta berkaitan sebuah projek pembangunan di pantai timur.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan susulan penahanan empat individu termasuk seorang pengurus syarikat hartanah berhubung kes sama pada 16 Jun lalu.

Sumber berkata, lelaki berkenaan ditahan kira-kira jam 6 petang semalam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

“Suspek disyaki terbabit dalam tindakan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek yang keseluruhannya bernilai lebih RM300 juta sedangkan kerja tidak dilaksanakan.

“Lelaki itu direman empat hari bermula hari ini selepas Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan reman oleh SPRM pagi ini,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan arkitek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan