24.5 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Rakyat diingat tidak termakan hasutan pembangkang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAKYAT diingatkan supaya tidak termakan dan perlu lebih berwaspada dengan hasutan yang direka cipta oleh pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiap hari semakin banyak kisah dengan pelbagai cerita hasutan baharu yang direka cipta sudah mulai timbul.

“Saya tidak pernah jemu untuk sentiasa dan terus mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia perlu berhati-hati pada kali ini.

“Perlu ingat tugas lawan BN adalah menghasut. Hari-hari mereka menghasut.

“Tentunya kebisingan politik yang direncanakan mereka ketika ini juga sebahagian daripada anasir menghasut. Politik mereka berteraskan hasutan,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook hari ini.

Presiden UMNO itu berkata, semasa menjadi pembangkang mereka menghasut manakala ketika mereka jadi kerajaan, masih menghasut dan kembali sebagai pembangkang, mereka masih terus menghasut.

Katanya, pembangkang cuba menghasut fikiran rakyat dengan menimbulkan keresahan dan perasaan kurang senang serta kebencian sepertimana mereka lakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Baca juga:   JPS ramal 4 negeri banjir serentak mulai Jumaat ini

“Berusaha selagi boleh mengilustrasikan persepsi kurang baik terhadap BN dan berusaha ‘mempersepsikan’ mereka sebagai cemerlang.

“Bezanya cuma satu iaitu semasa menjadi kerajaan mereka memiliki kuasa dan pengaruh untuk memudahkan mereka melaksanakan hasutan.

“Ironinya rakyat telah pun merasai kegagalan pentadbiran mereka dan menyedari hasutan mereka. Mungkin sebab itu mereka kini menghasut dengan lebih kuat.

“Justeru, rakyat yang akan mengundi pada PRU-15 yang menjadi sasaran perlu lebih berwaspada apabila didatangi hasutan mereka,” katanya.

Baca juga:   Najib kemuka empat cadangan kurangkan kes jangkitan Covid-19

Ujar Ahmad Zahid, pengalaman seharusnya mendewasakan.

“Kita perlu mengerti cara mereka memanipulasi sesuatu isu untuk menyemai kebencian.

“Ambillah iktibar natijah hasutan mereka kepada rakyat dan negara selepas PRU-14. Usah diulangi kekhilafan yang pastinya kita tidak berhasrat berulang.

“Fahamilah BN terus berjuang selepas 9 Mei 2018 kerana sayangkan rakyat dan negara. Terlalu banyak yang baik perlu kita bersama kembalikan pada PRU-15,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan