23.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Polis tumpaskan cubaan seludup rokok bernilai RM1.83 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN menyeludup 12,200 karton rokok putih bernilai RM1.83 juta tumpas apabila polis melakukan pemeriksaan terhadap sebuah lori di Taman Fasa Indah, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit, Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pemeriksaan sekitar jam 3.20 pagi itu turut membawa kepada penahanan terhadap dua lelaki tempatan berumur 31 dan 47 tahun yang menaiki lori terbabit.

“Sepasukan polis diketuai pasukan Task Force Op Kontraban JSJN Johor telah menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di Taman Fasa Indah, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit.

“Hasil pemeriksaan di dalam lori tersebut telah menjumpai kotak-kotak berisi rokok seludup yang tidak dibayar cukai.

“Salah seorang daripada suspek turut ditahan di tempat kejadian kerana menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugas,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Baca juga:   Zahid dalam keadaan baik, sedang kuarantin kendiri

Menurut beliau lagi, pihak polis membuat rampasan terhadap lori dan 244 kotak mengandungi 12,200 karton rokok terbabit.

“Kes berkenaan akan disiasat di bawah peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 186 kanun keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus membanteras kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi, arak dan rokok yang menyebabkan kerugian kepada hasil dalam negara.

“Polis Kontinjen Johor memberi amaran kepada mereka yang masih terlibat dalam pelanggaran undang-undang ini agar menghentikan kegiatan ini atau diambil tindakan tegas mengikut undang-undang,” katanya.

Baca juga:   Pembaca berita disiasat, Astro Awani beri kerjasama

Jelas Kamarul, sebarang maklumat mengenai aktiviti penyeludupan boleh disalurkan kepada Urusetia Task Force Kontinjen Johor di talian 019-2396318 atau mana-mana balai polis berdekatan.-Edisi 9

Terkini

300 ahli Bersatu dan Warisan Putatan mohon sertai UMNO

SERAMAI 300 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Warisan Sabah di kawasan Parlimen Putatan menghantar borang permohonan...

Lagi Artikel Berkaitan