34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ugut, ancam Ketua Hakim Negara, ‘Apiez Bond’ kena angkut

Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan

Mesti Baca

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki berusia 30 tahun kerana mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan dan ancaman terhadap Ketua Hakim Negara menerusi media sosial, malam tadi.

Pemilik akaun Facebook “Apiez Bond” itu ditahan di sebuah rumah di Puchong, Selangor kira-kira 11.15 malam tadi bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP A. Skandaguru, turut dirampas daripada suspek adalah satu unit telefon bimbit berserta kad SIM yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran ugutan tersebut.

“Suspek dibenarkan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 23 Ogos untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderung menghasut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemilik akaun Apiez Bond direman bagi membantu siasatan kerana mengeluarkan komen berbentuk ancaman kepada Ketua Hakim Negara menerusi media sosial.

Skandaguru berkata, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Advertisements

Beliau berkata, PDRM memandang serius perkara tersebut dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan membabitkan isu salah laku jenayah dan kententeraman awam yang boleh mengganggu gugat keamanan.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan platform media sosial untuk mengancam keselamatan,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah menyiasat sebarang elemen ancaman dan ugutan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ancaman terhadap Tengku Maimun dikesan dalam pelbagai medium laman sosial, termasuk aplikasi Twitter dan Facebook sejak tengah malam semalam.

Acryl Sani berkata, perkara itu adalah satu isu yang serius dan siasatan terhadap kes ancaman berkenaan sedang dilaksanakan walaupun tiada sebarang laporan polis dibuat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan