BEKAS Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir banyak orang pada masa kini seperti tidak tahu malu.
Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ada yang sampai ke tahap mencium tangan dan dunia juga mentertawakan Malaysia kerana tidak malu dengan kelakuan berkenaan.
“Tidak ada satu orang yang begitu berjaya menterbalikkan orang Melayu seperti Najib (Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak).
“Dahulu orang Melayu memandang rendah kepada orang yang mencuri. Mereka amat malu jika ada ahli keluarga yang terlibat dengan jenayah, dengan mencuri dan sebagainya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Ujar Dr Mahathir lagi, Najib telah menanam pendapat bahawa apa yang hendak dimalukan sekiranya ia mencuri.
“…tetapi sekarang orang Melayu tidak lagi berasa malu. Apa nak malu… Dia boss (Najib). Boss boleh mencuri. Kalau boss tak malu kerana mencuri, orang Melayu pun tak perlu malu bila mencuri.
“… Dan sekarang ini ramai orang tak tahu malu. Ada yang sampai cium tangan. Kenapa cium tangan. Boleh dapat duit. Boleh dapat jawatan. Apa nak malu.
“Kalau tangan berbau najis, tak apa. Ada duit dalam najis. Terbongkok-bongkoklah nak cium tangan. Apa nak malu. Kalau tangan bersalut tahi tetapi ada duit, okaylah. Tak payah malu,” sindirnya.
Tambah Dr Mahathir lagi, itulah kejayaan Najib yang terbesar.
“Ramai sungguh yang tak malu. Terkenal sebagai perasuah, apa nak malu. Jadi pencuri tak apa, tak perlu malu.
“Terima duit yang dicuri, tak malu. Minta duit free (percuma), tak malu. Tak bayar hutang tak malu.
Pilih pencuri, perasuah, banduan sebagai Perdana Menteri, okay. Tak malu,” sindirnya.
-EDISI9