36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PM sembah tahniah kepada Agong terima ijazah kehormat

Penganugerahan berkenaan adalah sebagai mengiktiraf sumbangan Seri Paduka dalam memelihara keamanan sejagat serta memperkukuh hubungan Turkiye dan Malaysia.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas penganugerahan Ijazah Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Marmara, Turkiye.

Perdana Menteri berkata, Ijazah Kedoktoran Terhormat berkenaan bukan sahaja amat bermakna buat Seri Paduka Baginda tetapi juga merupakan penghormatan tertinggi terhadap Malaysia dan rakyatnya.

“Patik merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas penganugerahan Ijazah Kedoktoran Kehormat Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa daripada Universiti Marmara, Turkiye.

“Tahniah Tuanku,” katanya dalam satu hantaran dalam Facebook, malam tadi.

Ujar Ismail Sabri, penganugerahan berkenaan adalah sebagai mengiktiraf sumbangan Seri Paduka dalam memelihara keamanan sejagat serta memperkukuh hubungan Turkiye dan Malaysia.

“Universiti Marmara merupakan institusi pengajian tinggi di Turkiye yang menyaksikan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memperoleh ijazahnya pada tahun 1981,” katanya.

Ijazah Kedoktoran Kehormat berkenaan disampaikan oleh Rektor Universiti Marmara Profesor Dr Mustafa Kurt.

Turut mengiringi baginda menerima anugerah itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Naib Presiden Turkiye Fuat Oktay.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sedang dalam rangka Lawatan Negara selama tujuh hari ke itu yang bermula Isnin lepas.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan