31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Rayuan akhir Najib: Hisyam tarik diri, mahkamah tolak

Peguam tersebut gagal untuk mendedahkan alasan yang mencukupi untuk menarik diri.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEGUAM bela, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa beliau menarik diri daripada mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan akhir beliau.

Beliau juga menyerahkan sebulat-bulatnya sama ada mahkamah akan meneruskan rayuan atau sebaliknya.

Bagaimanapun permohonan Hisyam itu ditolak oleh lima panel hakim mahkamah itu diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Tengku Maimun berkata, mahkamah mempunyai kuasa budi bicara untuk menolak permohonan peguam menarik diri daripada mewakili anak guamnya dalam keadaan di mana tindakan penarikan diri itu boleh mengganggu kecekapan dan fungsi mahkamah.

Beliau berkata, kuasa untuk membenarkan permohonan peguam menarik diri berbangkit daripada kuasa budi bicaranya untuk menghendaki peguam supaya bertindak dengan sepatutnya supaya kes yang didengar di hadapannya (mahkamah) dapat diputuskan dengan efektif.

Baca juga:   Empat ADUN gagal cabar undang-undang antilompat parti

Katanya, ia adalah menjadi tanggungjawab mahkamah untuk melindungi hak orang yang dituduh berlandaskan sistem kehakiman.

“Di mana penarikan diri peguam mengganggu kecekapan dan fungsi mahkamah yang sepatutnya, mahkamah ada kuasa budi bicara untuk menolak permohonan berkenaan.

“Prinsip kedua ialah peguam boleh menarik diri apabila dapat menunjukkan alasan yang mencukupi untuk berbuat demikian. Kami dengan ini sebulat suara berpandangan bahawa berdasarkan fakta, peguam gagal untuk mendedahkan alasan yang mencukupi untuk menarik diri.

“Oleh itu permohonan ini ditolak dan peguam bela kekal dalam rekod demi kepentingan keadilan,” katanya seperti dilapor BH Online.

Kelmarin Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu antaranya berkaitan hakim bicara kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.

Baca juga:   Neelofa disiasat lagi, pakai niqab tak pakai pelitup muka?

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim ketika membaca penghakiman ringkasnya menyatakan bukti baharu yang dimohon tidak relevan dengan rayuan tersebut.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan dijadualkan mendengar rayuan akhir kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib.

Ia membabitkan sabitan kesalahan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta oleh Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Mohd Nazlan pada 28 Julai 2020.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Sokong pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura

PRESDIEN Singapura Halimah Yacob memaklumkan akan menyokong saranan untuk mengadakan pertukaran yang lebih besar antara pergerakan Pandu Puteri negaranya...

Lagi Artikel Berkaitan